Punca Rambut Gugur
Stole by @saarat33
-Cara penjagaan rambut yang salah contoh penggunaan Shampoo dan Conditioner yang tak sesuai.
-Jarang mencuci rambut dengan betul. Rambut yang jarang dicuci akan mudah berbau, menjadi lembap, dan terlalu berminyak. Akar rambut akan tidak sihat berminyak dan rambut juga akan berminyak dan mengalami keguguran.
-Terlalu mendandan rambut seperti penggunaan pemanas rambut secara berlebihan akan menyebabkan rambut mudah rosak, kering dan gugur.
-Mengikat rambut terlalu ketat dalam jangkamasa terlalu lama.
- Gaya hidup kurang sihat, diet tidak seimbang. Rambut diperbuat daripada protein, jadi penting untuk mengambil sumber protein yang mencukupi dalam diet seharian. Pengambilan zat besi serta vitamin dan mineral yang lain juga amat penting untuk kesuburan rambut.
-Tekanan Emosi juga boleh menyebabkan masalah keguguran rambut secara tidak langsung kerana ia akan mengganggu gaya hidup serta keseimbangan hormon anda.
-Wanita Bersalin juga
akan mengalami masalah keguguran rambut kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran rambut. Selain itu, faktor hormon dan stress selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah tersebut.
Kepok Kepok Beauty

Ulasan